? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 12, 2009

UNIT 11: PENGGUNA YANG RASIONAL

CIRI PENGGUNA YANG BIJAK

- Semasa membeli-belah,tidak terburu-buru memilih sesuatu barang walaupun
ada tawaran yang hebat.

- Memilih barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

-Membuat perbandingan harga sesuatu barangan di beberapa buah kedai
dan mengenal pasti label,tarikh luput,tempoh jaminan dan sama ada barangan
itu tulen atau palsu.

-Berfikir dahulu sebelum membeli sesuatu barangan.Tidak membeli mengikut emosi.

-Tidak membazir semasa membeli barangan.

-Memilih kedai,klinik atau agensi yang sah dan mampu memberi perkhidmatan
yang terbaik dan berpatutan.

HAK-HAK PENGGUNA

~Hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang selesa.
contohnya : makanan yang mencukupi dan selamat,pakaian,tempat tinggal,kemudahan
kesihatan dan pendidikan.

~Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada pemprosesan dan pemasaran
barang serta perkidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
contohnya : makanan dan ubat-ubatan.

~Hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat supaya pengguna dapat
membuat keputusan yang bijak serta rasional.

~Hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan
dengan harga yang berpatutan.

~ Hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian yang sewajarnya
dalam penggubalan dasar kerajaan.

~Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi pembelian keluaran yang rosak atau berbahaya, dan
pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati perjanjian.

~Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.Pengguna berhak hidup dan
bekerja dalam persekitaran yang bersih dan sihat.

Monday, August 17, 2009

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA YANG RASIONAL

SITUASI

Mary membayar wang pendahuluan sebanyak RM3000 untuk memesan sebuah kereta. Selepas satu minggu, jurujual memberitahu Mary bahawa model kereta yang telah kehabisan stok dan stok baru pula lebih mahal kerana ada penambahan aksesori. Mary tidak mahu membeli stok baru dan menuntut balik wang pendahuluannya. Jurujual menolak tuntutan Mary dan meminta Mary mencari pembeli ganti untuk kereta baru itu.

Berikan pendapat anda tentang tindakan jurujual itu. Cadangkan bagaimana Mary dapat menuntut haknya sebagai seorang pengguna. Persembahkan pendapat dan cadangan dalam blog.


JAWAPAN:

Pada pendapat kami, tindakan jurujual tersebut adalah tidak wajar kerana
jurujual tersebut telah memaksa Mary supaya Mary membeli kereta model baru tersebut walaupun Mary telah menolak pembelian kereta model baru tersebut. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Mary haruslah melaporkan perkara ini kepada Persatuan Pengguna Malaysia bagi mendapatkan hak Mary sebagai pengguna yang rasional. Selain itu juga, sebagai seorang pengguna Mary mempunyai hak untuk bersuara. Hal ini kerana, Mary mempunyai hak untuk memilih dan mendapat kepuasan hati sebagai pengguna rasional. Tindakan Mary tersebut telah menunjukkan bahawa Mary seorang pengguna yang rasional.

Monday, July 27, 2009

WELCOME

Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog kami...
Intai-intaila kami...huhuhuhu