? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 26, 2009

IMEJ REMAJA

AKTIVITI KUMPULAN (m/s 56)

Kesan Negatif Pergaulan Bebas dan Cara Mengatasinya

1. Kesan Negatif

~ Menjatuhkan maruah kelurga

Cara Mengatasi

~ Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak

2. Kesan Negatif

~ Mudah terjebak dengan gejala gengsterisme

Cara Mengatasi

~ Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang

3. Kesan Negatif

~ Berlakunya sumbang mahram

Cara Mengatasi

~ Menghadkan pergaulan antara keluarga, rakan2 dan lain-lain

4. Kesan Negatif

~ Nilai murni dalam diri remaja semakin luntur

Cara Mengatasi

~ Remaja perlu didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan

Buku teks sivik tingkatan 4, m/s 58
SOALAN
Secara berkumpulan, bincangkan tindakan yang perlu diambil bagi situasi-situasi di bawah.
SITUASI 1
Rakan sekelas anda sedang merosakkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.
TINDAKAN :
  • kita mestilah melaporkan kepada guru yang bertugas
SITUASI 2
rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah.
TINDAKAN:
  • kita hendaklah menasihatinya supaya berhenti daripada melakukan perbuatan sia-sia yang akan menjatuhkan maruah sekolah.
SITUASI 3
Rakan anda merosakkan kerusi dan meja di sekolah.
TINDAKAN :
  • tindakan yang akan saya akan ambil ialah segera melaporkan kepada guru disiplin.

Monday, October 19, 2009

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT


1.Berdasarkan petikan, cuba anda senaraikan masalah-masalah sosial yang
kini melanda masyarakat.

Petikan A
(m/s 49)
-Mencuri
-Menghisap ganja

-Lumba haram
-Pecah rumah


Petikan B (m/s 50)
-Seks bebas
-Dorongan hawa nafsu


Petikan C (m/s 50)
-Melakukan vandalisme

Petikan D (m/s 51)
-Penyalahgunaan teknologi

Petikan E (m/s 51)
-Membuli
-Memeras ugut
-Gengsterisme
-Pengedaran dadah/pil khayal dalam kalangan pelajar
-Berfoya-foya
-Mengamalkan seks bebas
-Perjudian
-Penagihan dadah
-Perbuatan meragut



2. Bincangkan cara-cara untuk membendung perbuatan jenayah sosial seperti mencuri, membuli, vandalisme, penyalahgunaan teknologi dan sebagainya.

Jawapan

Menguatkuasakan undang-undang

  • Ibu bapa harus memantau pergaulan anak-anak mereka
  • Melengkapkan diri dengan pengetahuan agama secukupnya supaya mampu mengawal diri daripada terjebak dalam masalah sosial.
  • Masyarakat perlu melaporkan segala gejala sosial yang berlaku di sekitar mereka kepada pihak berkuasa.
  • Kerajaan harus mewajibkan pengguna mendaftar nombor telefon bimbit mereka supaya penyalahgunaan teknologi berlaku.

3. Sebagai pelajar, apakah tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah sosial yang semakin menjadi-jadi ?

Jawapan

  • Pelajar harus bersikap positif
  • Pelajar perlu mengelakkan daripada melakukan pergaulan bebas
  • Elakkan daripada bergaul dengan orang yang berakhlak buruk

Monday, October 12, 2009

UNIT 11: PENGGUNA YANG RASIONAL

CIRI PENGGUNA YANG BIJAK

- Semasa membeli-belah,tidak terburu-buru memilih sesuatu barang walaupun
ada tawaran yang hebat.

- Memilih barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

-Membuat perbandingan harga sesuatu barangan di beberapa buah kedai
dan mengenal pasti label,tarikh luput,tempoh jaminan dan sama ada barangan
itu tulen atau palsu.

-Berfikir dahulu sebelum membeli sesuatu barangan.Tidak membeli mengikut emosi.

-Tidak membazir semasa membeli barangan.

-Memilih kedai,klinik atau agensi yang sah dan mampu memberi perkhidmatan
yang terbaik dan berpatutan.

HAK-HAK PENGGUNA

~Hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang selesa.
contohnya : makanan yang mencukupi dan selamat,pakaian,tempat tinggal,kemudahan
kesihatan dan pendidikan.

~Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada pemprosesan dan pemasaran
barang serta perkidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
contohnya : makanan dan ubat-ubatan.

~Hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat supaya pengguna dapat
membuat keputusan yang bijak serta rasional.

~Hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan
dengan harga yang berpatutan.

~ Hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian yang sewajarnya
dalam penggubalan dasar kerajaan.

~Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi pembelian keluaran yang rosak atau berbahaya, dan
pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati perjanjian.

~Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.Pengguna berhak hidup dan
bekerja dalam persekitaran yang bersih dan sihat.