? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 21, 2010



JABATAN WARISAN NEGARA



Objektif
Melaksanakan penggubalan akta yang berkaitan, pengumpulan pendokumentasian, penyelidikan, pemeliharaan dan pembangunan warisan secara cekap dan teratur.


Peranan Cawangan Persuratan dan Adat

Bahasa dan Sastera


1 Mengenal pasti bidang persuratan yang perlu dipulihara untuk tujuan
pengumpulan dan pendokumentasian.

2 Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang nilai estetika bidang persuratan.
3 Merancang dan membantu meningkatkan aktiviti persuratan di peringkat kebangsaan.


Adat dan Seni


Tarian kebudayaan


1 Mengenal pasti cabang-cabang adat dan seni untuk tujuan pemuliharaan dan pengembangan.

2 Menyelidik, mengumpul dan memelihara warisan seni persembahan dan seni tampak.

3 Merangka strategi pembangunan dan pelestarian dan memberikan khidmat pengembangan
ilmu. Contoh :- Makyong, Menora, Bangsawan, Boria, Seni Ukur, Seni Khat, Seni Tekat


Peranan Cawangan Monumen dan Alam Semulajadi

Monumen


1 Mengenalpasti dan memelihara keaslian warisan budaya.

2 Merancang pemantauan dan perlindungan bagi penyelamatan warisan budaya.

3 Bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk melaksanakan akta.


Alam Semulajadi

1 Mengenalpasti bidang kaitan warisan alam semulajadi negara untuk tujuan pemuliharaan dan
pengekalan warisan budaya.

2 Membangunkan dan menguatkuasakan akta perlindungan dan penyelamatan.

3 Merancang dan menyelaras aktiviti perlindungan bagi (living cultural heritage).


Peranan Cawangan Kawalan dan Sumber


1 Menggubal undang-undang, dasar dan polisi warisan.

2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan warisan.

3 Melaksana, kordinasi dan menilai kerja-kerja penyelidikan berkaitan warisan.

4 Inventori, mengumpul dan menyimpan hasil-hasil penyelidikan warisan.

5 Melaksana, koordinasi dan memantau kerja-kerja pembangunan berkaitan warisan.

6 Menyelaras dan merancang hal pengurusan dan pentadbiran bahagian.