? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, June 21, 2010



JABATAN WARISAN NEGARA



Objektif
Melaksanakan penggubalan akta yang berkaitan, pengumpulan pendokumentasian, penyelidikan, pemeliharaan dan pembangunan warisan secara cekap dan teratur.


Peranan Cawangan Persuratan dan Adat

Bahasa dan Sastera


1 Mengenal pasti bidang persuratan yang perlu dipulihara untuk tujuan
pengumpulan dan pendokumentasian.

2 Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang nilai estetika bidang persuratan.
3 Merancang dan membantu meningkatkan aktiviti persuratan di peringkat kebangsaan.


Adat dan Seni


Tarian kebudayaan


1 Mengenal pasti cabang-cabang adat dan seni untuk tujuan pemuliharaan dan pengembangan.

2 Menyelidik, mengumpul dan memelihara warisan seni persembahan dan seni tampak.

3 Merangka strategi pembangunan dan pelestarian dan memberikan khidmat pengembangan
ilmu. Contoh :- Makyong, Menora, Bangsawan, Boria, Seni Ukur, Seni Khat, Seni Tekat


Peranan Cawangan Monumen dan Alam Semulajadi

Monumen


1 Mengenalpasti dan memelihara keaslian warisan budaya.

2 Merancang pemantauan dan perlindungan bagi penyelamatan warisan budaya.

3 Bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk melaksanakan akta.


Alam Semulajadi

1 Mengenalpasti bidang kaitan warisan alam semulajadi negara untuk tujuan pemuliharaan dan
pengekalan warisan budaya.

2 Membangunkan dan menguatkuasakan akta perlindungan dan penyelamatan.

3 Merancang dan menyelaras aktiviti perlindungan bagi (living cultural heritage).


Peranan Cawangan Kawalan dan Sumber


1 Menggubal undang-undang, dasar dan polisi warisan.

2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan warisan.

3 Melaksana, kordinasi dan menilai kerja-kerja penyelidikan berkaitan warisan.

4 Inventori, mengumpul dan menyimpan hasil-hasil penyelidikan warisan.

5 Melaksana, koordinasi dan memantau kerja-kerja pembangunan berkaitan warisan.

6 Menyelaras dan merancang hal pengurusan dan pentadbiran bahagian.

Tuesday, February 9, 2010

SIFAT KEMANUSIAAN KESEJAHTERAAN NEGARA

KEJADIAN BENCANA ALAM

TSUNAMI YANG MELANDA INDONESIA





APA ITU TSUNAMI??


Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).

PUNCA TSUNAMI


Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai.


BAGAIMANA TSUNAMI TERHASIL??


Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut.


KELAJUAN TSUNAMI


Kelajuan gelombang tsunami boleh mencapai kelajuan sebuah jet iaitu melebihi 800 km/j.


Kejadian tsunami pada 26.12.2004 di Acheh adalah antara bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di dunia. Kejadian tsunami mengakibatkan banyak berlaku kerosakan harta benda dan kehilangan jiwa. Bencana tsunami mengakibatkan lebih dari 500 000 orang meninggal dunia.



Kesan Tsunami


~ mangsa-mangsa mengalami trauma.

~ kerajaan terpaksa menanggug kerugian dan menampung perbelanjaan mangsa-mangsa

tsunami.

~ penyakit berbahaya merebak ke seluruh tempat.

~ mangsa-mangsa kehilangan tempat bergantung dan orang tersayang.








Tuesday, January 26, 2010

KAJIAN MASA DEPAN

Perkembangan pendidikan tinggi di negara kita telah berkembangn pesat. Pada masa ini, pelajar yang terdapat di universiti terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Mereka belajar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ada antaranya pula yang melanjutkan pelajaran dangan biasiswa, perbelanjaan sendiri, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji. Berdasarkan maklumat ini, ramalkan sistem pendidikan tinggi di negara kita pada tahun 2020

1(a) Pada masa dahulu (sebelum tahun 2000)

  • pelajaran peringkat universiti aliran inggeris

(b) pada masa sekarang (2001-2019)

  • pelajaran peringkat universiti dalam aliran inggeris dan bahasa melayu

(c) pada tahun 2020

  • pelajaran peringkat universiti dalam aliran inggeris dan pelbagai bahasa utama dunia. contohnya bahasa arab.

2(a)pada masa dahulu (sebelum tahun 2000)

  • bilangan institusi pengajian tinggi tidak banyak

(b)pada masa sekarang (2001-2019)

  • bilangan universiti semakin bertambah, IPTA dan IPTS

(c)pada tahun 2020

  • sekolah dinaik taraf menjadi universiti

Tuesday, January 19, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Usaha-usaha Penerokaan Ilmu dalam Pelbagai Bidang oleh Individu-individu yang Berjaya.


BIDANG KESUSASTERAAN


1. Syed Othman Syed Omar



Latar Belakang S.Othman Kelantan

  • Beliau dikenali sebagai S.Othman Kelantan.
  • S.Othman merupakan sasterawan negara yang ke-9
  • Dilahirkan pada 13 November 1938

Kejayaan S.Othman Kelantan

  • Pernah menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 2003
  • Menghasilkan 182 cerpen serta 16 buah novel (12 novel dewasa & 4 novel remaja)
  • Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967) dan Angin Timur Laut (1969)
  • Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).
  • menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003).