SITUASI
Mary membayar wang pendahuluan sebanyak RM3000 untuk memesan sebuah kereta. Selepas satu minggu, jurujual memberitahu Mary bahawa model kereta yang telah kehabisan stok dan stok baru pula lebih mahal kerana ada penambahan aksesori. Mary tidak mahu membeli stok baru dan menuntut balik wang pendahuluannya. Jurujual menolak tuntutan Mary dan meminta Mary mencari pembeli ganti untuk kereta baru itu.
Berikan pendapat anda tentang tindakan jurujual itu. Cadangkan bagaimana Mary dapat menuntut haknya sebagai seorang pengguna. Persembahkan pendapat dan cadangan dalam blog.
JAWAPAN:
Pada pendapat kami, tindakan jurujual tersebut adalah tidak wajar kerana
jurujual tersebut telah memaksa Mary supaya Mary membeli kereta model baru tersebut walaupun Mary telah menolak pembelian kereta model baru tersebut. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Mary haruslah melaporkan perkara ini kepada Persatuan Pengguna Malaysia bagi mendapatkan hak Mary sebagai pengguna yang rasional. Selain itu juga, sebagai seorang pengguna Mary mempunyai hak untuk bersuara. Hal ini kerana, Mary mempunyai hak untuk memilih dan mendapat kepuasan hati sebagai pengguna rasional. Tindakan Mary tersebut telah menunjukkan bahawa Mary seorang pengguna yang rasional.
Monday, August 17, 2009
HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGGUNA YANG RASIONAL
Posted by PSK 4 SAINS 1 KUMPULAN 2 at 8:20 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)